Dasar undi 18 dan membangun kerangka pendidikan pilihanraya dalam kalangan pelajar: kajian kes universiti awam
‘undi 18’ policy and developing an electoral education framework among students: a public university case study
Keywords:
Undi18, Kerangka Pendidikan, Mahasiswa, Isu-Isu PolitikAbstract
Undi18 membawa pindaan kepada Perkara 47 (Kelayakan menjadi ahli Parlimen) dan Fasal 1 Perkara 119 (Kelayakan Pemilih), mengurangkan umur mengundi dari 21 ke 18 tahun. Ini dianggap pengiktirafan penting terhadap golongan muda dan demokrasi di Malaysia. Meskipun demikian, mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sering berdepan dengan konflik politik akibat Akta Universiti dan Kolej (AUKU). Kajian ini menggambarkan persepsi mahasiswa terhadap PRU, dasar Undi18, dan kesedaran politik mereka menjelang PRU ke-15.Semenjak kewujudan AUKU pada tahun 1965, penglibatan pelajar dalam politik agak berkurangan, berikutan tindakan tegas pihak kerajaan terhadap mereka yang terlibat dalam politik dan menyalahi AUKU. Justeru, kajian ini akan meneroka sejauh manakah Undi18 mampu memartabatkan mahasiswa menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15. Data dari temu bual dan tinjauan menunjukkan pemahaman yang sederhana terhadap sistem politik Malaysia, baik persepsi terhadap Undi18, dan kecenderungan untuk membuat keputusan mengundi dengan kesedaran politik yang tinggi. Kajian ini mengidentifikasi isu-isu pendidikan politik dalam kalangan pelajar, yang penting dalam pembentukan negara.
Downloads
References
Berita RTM. (2022, January 27). Undi 18: Hampir setengah juta pelajar IPT layak mengundi. Berita RTM. https://berita.rtm.gov.my/~berita/index.php/nasional/33815-undi18-hampir-setengah-juta-pelajar-ipt-layak-mengundi
MalaysiaKini. (2022, January 31). UNDI18: Peranan dan tanggungjawab generasi muda. MalaysiaKini. https://www.malaysiakini.com/announcement/609111
Melati Jalil, & Noel Acharim. (2017, April 22). Apathy, frustration stop Malaysians from exercising right to vote. The Malaysian Insight. https://www.themalaysianinsight.com/s/1946
Mujibu Abd Muis, Zaliha Hj. Hussin, & Badrul Azmier Mohamed@ Bakar. (2010). Perubahan generasi dan perkembangan demokrasi di Malaysia pasca pilihan raya umum ke-12. Dalam Proceedings Seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010) "Political Managements and Policies in Malaysia", 13-15 Julai 2010, Bayview Hotel Langkawi (hlm. 411-442). Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Thoughts, Universiti Utara Malaysia.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2025 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



