Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun

Akal Budi and Reflection of Malay Identity in Pantun

Authors

  • Norazimah Zakaria UPSI
  • Azlina Abdullah UKM
  • Sharifah Zarina Syed Zakaria UKM
  • Mimi Hamida Abdul Mutalib UKM
  • Alizah Lambri UPSI
  • Siti Salwa Jamaldin UPSI
  • Mashitah Sulaiman USIM
  • Rosmah Derak UMS

Keywords:

Nilai, Jati Diri, Pantun, Masyarakat, Sastera

Abstract

Akal budi’ reflects the actions, thoughts and attitudes of a human being who support wisdom, finesse and beauty. The actions, thoughts and attitudes of one person are translated into various forms, but the most common is in the form of artworks, especially in the form of visual arts and literature. For the purpose of this paper, ‘akal budi’ is meant to be wise in conveying ideas and thoughts. Meanwhile the value of identity among society can be inculcated through the value of teaching and benefits found in traditional Malay literature.  Among the many wealth of traditional Malay literature is ‘pantun’ and its use is very prominent among the Malay community of ancient times. The beauty of the ‘pantun’ lies not only in its choice of words and rhyming phrases, but also in the deep meaning and excellent philosophy which represent the reflection of minds among society from ancient traditions.  Many of these ‘pantun’ contain advices and guidance related to social, religious, and family life. This paper will use Bragisnky V.I (1994) approach regarding the sphere of beauty and its values in viewing the meaning and role of the ‘pantun’ to society. Hence, knowledge in Malay ‘pantun' can pass on the value of identity among the members of society starting from childhood until adulthood. The “Akal Budi Melayu’ in pantun is illustrated through the selection of certain words and reflects the thinking behind its beauty and thus becomes a mirror of the identity of the Malays.

Abstrak

Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang ini diterjemahkan dalam pelbagai rupa, namun yang paling lazim ialah dalam bentuk penghasilan karya seni, khususnya dalam bentuk seni tampak dan seni sastera. Bagi tujuan makalah ini, akal budi dimaksudkan sebagai bijaksana dalam menyampaikan idea dan pemikiran. Manakala nilai jati diri dalam kalangan masyarakat boleh diterapkan melalui nilai pengajaran dan faedah yang terdapat di dalam sastera Melayu tradisi. Di antara berbagai kekayaan seni sastera Melayu tradisi ialah pantun dan penggunaannya sangat menonjol dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu kala. Keindahan pantun bukan sahaja terletak pada pilihan kata serta kalimatnya yang berima, tetapi terkandung di dalamnya makna dan falsafah yang sangat baik mewakili pancaran pemikiran masyarakat tradisi dahulu. Terdapat banyak pantun yang terakam di dalamnya tunjuk ajar, atau nasihat dan berkaitan tentang cara hidup beragama, bermasyarakat, dan berkeluarga. Makalah ini akan menggunakan pendekatan Bragisnky V.I (1994) mengenai sfera keindahan dan faedah dalam melihat makna dan fungsi pantun kepada masyarakat. Justeru, tunjuk ajar dalam pantun Melayu dapat mewariskan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat bermula daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa. Akal budi Melayu dalam pantun tergambar melalui pemilihan perkataan yang tertentu dan menggambarkan pemikiran di sebalik keindahannya dan seterusnya menjadi cermin jati diri bangsa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aidh bin Abdullah Al-Qarni (2011). La Tahzan. Noraine Abu (peny). Selangor:

AlHidayah Publications.

A. Halim Ali, Mana Sikana & Mohd Rosli Saludin (2011). Prosiding Sastera

Membina Peradaban Bangsa. Budiman Malaysia.

Braginsky V.I (1994). Nada-nada Islam dalam Sastera Melayu Klasik. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Braginsky V.I (1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Braginsky V.I (1998). Yang Indah, Berfaedah dan Kamal: Sejarah Sastera Melayu dalam Abad 7-19. Jakarta Inis.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Norazimah bt Zakaria (2011). Kajian Teks Hikayat Melayu Versi Tengku Said.

Universiti Malaya (PhD)

Tenas Effendy (2004). Tunjuk Ajar dalam pantun Melayu. Yogyakarta: Balai

Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu

Wan Abdul Kadir (2000). Tradisi dan Perubahan Norma dan Nilai di Kalangan

Orang-Orang Melayu. Masfami Enterprise.

Published

2017-12-31

How to Cite

Zakaria, N., Abdullah, A., Syed Zakaria, S. Z., Abdul Mutalib, M. H., Lambri, A., Jamaldin, S. S., Sulaiman, M., & Derak, R. (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun: Akal Budi and Reflection of Malay Identity in Pantun. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2), 89-97. Retrieved from https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/105