The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass
The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) is an indexed journal published by the Core Studies Center, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). The journal published twice annually (May and November) is given the name of the great-grandfather of the Selangor Sultan, HRM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Sultan Alauddin Sulaiman Shah.

Selangor International Islamic University College (KUIS) is a Higher Islamic Education Institution, fully owned by Selangor Islamic Council (MAIS) that is established under the 1996 Private Education Institution Act (Act 555). Its official establishment on February 15th, 1995 is a proof of the commitment of the Selangor Government and MAIS in developing the education agenda and knowledge excellence. Meanwhile, the Core Studies Center (PPT) is established in 2013 as one of the branches of knowledge excellence institution that is developed with the aspiration of catalysing knowledge integration in establishing and strengthening the KUIS brand globally.

READ MORE
Fakulti Sains Sosial, KUIS en-US The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) 2462-1692 Pelestarian Rukun Negara: Tinjauan awal dalam kalangan para pelajar sekolah menengah di negeri Sabah dan Sarawak https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/289
Rukun Negara merupakan ideologi perpaduan yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 rentetan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Rusuhan yang terjadi dipandang serius oleh pihak kerajaan kerana telah mengakibatkan kecederaan, kerosakan harta benda dan kematian. Tindakan segera yang dilaksanakan ialah dengan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Justeru, penelitian ini adalah untuk mengkaji tahap pemahaman dan penghayatan prinsip Rukun Negara dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Sabah dan Sarawak. Seramai 120 orang responden yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Bagi pendekatan kualitatif, kajian ini membuat penelitian terhadap sumber primer dari Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur seperti , UHEA 221 BHG. 3 (A) Rukunegara- Penerangan, JPN221 BHG.3 Jawatankuasa Rukunegara dan akhbar serta sumber sekunder seperti buku. Manakala bagi pendekatan kuantitatif kajian ini menggunakan perisian Statiscal Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 Hasil kajian mendapati bahawa tahap penghayatan pelajar min 5.132 lebih rendah berbanding tahap pemahaman min 5.610. Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu menyebarluaskan ideologi Rukun Negara secara bersepadu agar dipraktikkan dan dilestarikan dalam kalangan pelajar sekolah bagi menjamin kesepaduan nasional.
SITI NOR ZAKIAH BINTI SAIDI SAIDI Mohamed Ali Haniffa Nor Azlah Sham Rambely Nurhijrah Zakaria Mohd Mahzan Awang Ayu Nor Azilah Mohamad Copyright (c) 2024 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-11-30 2024-11-30 11 1 1 12 Perbandingan antara Konsep Akhlak dengan Konsep Moral dalam Pendekatan Reka Bentuk Seni Bina Menggunakan Analisis Kod Jawi. https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/294
Pendekatan reka bentuk merupakan salah satu subjek dalam reka bentuk seni bina yang kaya dengan pelbagai aliran fahaman yang mantap, aspek penggunaan dan memiliki tujuan-tujuan yang pelbagai. Salah satu konsep yang dibangunkan adalah konsep yang bertunjangkan pengetahuan moral bagi bertujuan untuk mencegah penularan pemikiran nihilisme seni bina. Konsep ini memperkenalkan semula prinsip moral sebagai komponen pemikiran untuk menjadi pengantara antara perasaan dan tindakan dalam reka bentuk seni bina. Walau bagaimanapun, pereka bentuk Muslim masih mempunyai al-Quran sebagai rujukan unggul untuk mengawal perasaan dan tindakan. Oleh sebab itu, untuk mengangkat pendekatan reka bentuk berdasarkan konsep moral sebagai akar pemikiran, pendekatan ini perlu dibandingkan dengan konsep akhlak dari al-Quran terlebih dahulu sebagai objektif dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk meneroka ciri-ciri yang terkandung dalam konsep ‘moral’ dan menggunakan teknik analisis kandungan untuk membandingkan konsep moral dengan konsep ‘akhlak. Teknik Kod Jawi digunakan sebagai alat untuk menghubungkan pemaknaan konsep kepada surah di dalam al-Quran untuk meneroka petunjuk kepada permasalahan dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pada peringkat asas terdapat perbezaan yang jelas antara konsep akhlak dengan konsep moral dalam menggunakannya sebagai asas kepada pendekatan reka bentuk seni bina untuk melaksanakan tanggungjawab membina kemudahan kepada orang ramai bagi meningkatkan ibadah kepada Allah SWT.
Ahmad Shuib Yahya Nurul Syala Abdul Latip Indirawati Zahid Copyright (c) 2024 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-11-30 2024-11-30 11 1 13 29 Analisis kualitatif item ketahanan sosioekonomi lestari asnaf di Selangor menggunakan perspektif penilaian impak sosial https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/297
Golongan kurang bernasib baik, terpinggir dan yang terjejas seringkali tercicir dari arus pembangunan. Kajian Penilaian Impak Sosial (Social Impacts Assessment) (SIA) tepat merawat keciciran, keterlibatan dan penyertaan golongan ini dalam komuniti. SIA memberi penekanan kepada langkah-langkah pembangunan sosial yang dapat dimanfaatkan kepada pembentukan komuniti yang inklusif yang mampu membina serta memperkukuh kapasiti dan institusi komuniti secara bersama. Kajian SIA terhadap golongan asnaf, zakat, Selangor, Malaysia ini cuba merealisasikan 3 objektif: 1) Mengenal pasti situasi sosioekonomi asnaf 2) Menilai situasi sosioekonomi asnaf menggunakan SIA 3) Mencadangkan model pengukuhan ketahanan sosioekonomi lestari bagi golongan asnaf bagi kelestarian pembangunan sistem sosial Islam dan pemerkasaan sumber ekonomi Islam. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual untuk membina model terperinci terhadap pengukuhan ketahanan sosioekonomi lestari. Hasil kajian akan mencadangkan model pengukuhan ketahanan sosioekonomi lestari yang dipusatkan di Selangor sebagai medium dan tapak perlaksanaannya bagi kelestarian pembangunan sistem sosial Islam dan pemerkasaan sumber ekonomi Islam. Pembinaan model baharu ini diharapkan dapat menjadi rujukan dan dasar kepada sistem sosial Islam dan sumber ekonomi Islam khasnya dalam memperkasakan lagi pengurusan pembangunan sosioekonomi asnaf di samping mewujudkan kualiti hidup berdaya tahan yang secara langsung dapat mewujudkan masyarakat yang lestari.
rosfazila abd rahman Mohd Musa Sarip Mohd Nasir Ali Aza Shahnaz Azman Juzlinda Mohd Ghazali Zuraifah Zaini Naqibah Mansor Copyright (c) 2024 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-11-30 2024-11-30 11 1 30 43 Rekabentuk dan pembangunan kursus pentauliahan mikro bagi peningkatan professionalisme pedagogi bahasa Arab dalam kalangan guru https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/295
Peningkatan professionalisme keguruan dalam kalangan guru dan pendidik bahasa Arab perlu sentiasa dipertingkatkan dari segi pengetahuan dan kemahiran pedagogi. Salah satu laluannya adalah melalui kursus Pentauliahan Mikro atau Micro-Credential’ (MC). Secara amnya MC adalah suatu kursus atau pakej pembelajaran yang direkabentuk dengan tujuan untuk meningkatkan kepakaran dan kompetensi spesifik individu dalam pelbagai bidang kerjaya yang lazimnya dapat diakses melalui pelantar atau portal pembelajaran dalam talian. Justeru, pendekatan ini didapati sesuai untuk meningkatkan kemahiran pembangunan profesional bagi para guru disebabkan oleh pelbagai halangan dan batasan, kerana tidak semua daripada mereka dapat meningkatkan kemahiran yang diperlukan secara formal disebabkan kekangan pelbagai tugasan di sekolah. Justeru, kajian rintis ini dijalankan bagi merekabentuk dan membangunkan platform pembelajaran sepanjang hayat mellaui kursus ‘Micro-Credential’ dalam Pedagogi bahasa Arab dengan kerjasama dan perakuan Akademi UIAM (IIUM Academy). Kusrsus ini menyasarkan tenaga pengajar dan pendidik bahasa Arab yang berhasrat untuk mengembangkan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan mereka dalam aspek pedagogi dan pengajaran pendidikan bahasa Arab. Projek rintis ini mengandungi lapan buah video pembelajaran pendek berkaitan asas pedagogi bahasa Arab, yang berjumlah kira-kira 300 minit masa pembelajaran, lapan unit latihan pembelajaran interaktif dan lapan tugasan penilaian untuk mengukur kemajuan peserta kursus melalui platform Google Classroom beserta beberapa aplikasi e-pembelajaran yang lain seperti Padlet, Quizizz. Dan lain-lain. Projek ini dibangunkan berdasarkan model Model Prototaip Rapid yang telah disahkan oleh dua orang pakar sebelum melalui sesi percubaan skala kecil dalam kalangan 12 orang responden. Projek ini menyediakan alternatif pembelajaran alternatif yang diperakui bagi meningkatkan profesionalisme kerjaya pendidik bahasa Arab melalui jadual kelas yang fleksibel dan aktiviti pembelajaran interaktif melalui bimbingan dan pemantauan guru yang berterusan.
Muhammad Sabri Sahrir Ilyani Syiham Muhammad Wan Rusli Wan Ahmad Mohd Fauzi Abdul Hamid Copyright (c) 2024 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-11-30 2024-11-30 11 1 44 56 Religious harmony in the diversity of Jrahi and Giling village communities https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/287
Religious harmony in a pluralistic society is a considerable challenge, especially in Indonesia, a country of great diversity. The villages of Jrahi and Giling, which have diverse religious and cultural backgrounds, are important examples of how religious harmony can be achieved amid potential conflicts of difference. This research aims to explore the dynamics of religious harmony in Kampung Jrahi and Giling and identify the main factors that support creating a harmonious and secure life in diversity. The methodology of the study is qualitative which focuses on field studies. The study location is in Jrahi and Giling Villages. The method of data collection is divided into two, namely; primary data through meetings with community leaders, religious leaders, and villagers, and secondary data through documentation materials and government administration. Collection techniques were obtained through interview methods, observation, and documentation. Data validity was through triangulation of sources, techniques, and time. Data analysis was done descriptively. The results of the study show that 1) the culture of peace that prevails in the lives of the Jrahi and Giling communities is a pattern of life and social interaction that is shown by a state of security, calm, mutual respect and respect between community members, despite living in the form of differences in religion, beliefs and beliefs adopted; 2) Excessive socio-political or economic changes in Jrahi and Giling Villages have the potential to weaken the culture of security by disrupting individual interaction patterns and eroding the pure values that have been embedded. 3) Preserving the culture of peace is the identity of Jrahi and Giling Villages, Gunungwungkal Sub-district, Pati Regency. The community carries out movements that are considered very positive in supporting the attitude of tolerance inherited from generation to generation, such as inviting to live in harmony and giving charity.
Moh In'ami Abdul Karim Copyright (c) 2024 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-11-30 2024-11-30 11 1 57 71 Hukum pengamalan doa berbentuk istighathah: suatu analisis berdasarkan piawaian perbandingan https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/290
Umumnya, sudah menjadi kelaziman amalan dalam kalangan Masyarakat Muslim di Malaysia sejak sekian lama telah menggunakan amalan doa berbentuk istighathah dalam setiap amalan berdoa secara bersendirian mahu pun berbentuk kumpulan. Kebiasaan ini sekali gus telah mendatangkan pelbagai perspesi dalam kalangan masyarakat dan agamawan, sama ada amalan ini dibenarkan dalam agama atau sebaliknya iaitu bertentangan dengan konsep agama itu sendiri. Pelbagai bentuk amalan telah dibahas dalam artikel ini, justeru artikel ini ditulis bertujuan untuk menilai kembali hukum pengamalan doa berbentuk istighathah dan menganalisis piawaian doa berbentuk istighathah berdasarkan konsep perbandingan pandangan khilaf para ulama. Kajian ini telah membawa tujuh piawaian perbandingan, antaranya; kesabitan di dalam nas syarak, kebiasaan masyarakat, kejelasan maksud, meminta tolong kepada orang hidup dan mati, tasyabbuh zahir, kegelinciran akidah dan keraguan. Berdasarkan tujuh piawaian tersebut kajian ini membawa kepada sebuah kesimpulan, bahawa amalan doa dalam konteks istighathah ini tiada kerugian bagi umat Islam sekiranya ia ditinggalkan. Bahkan, tiada keuntungan bagi umat Islam jika amalan istighathah dilakukan kerana dibimbangi berlaku kegelinciran Aqidah. Justeru, pilihan yang terbaik adalah, berdoa kepada Allah secara langsung dan bukan meminta kepada Nabi SAW secara zahir. Ini adalah pilihan yang lebih selamat.
Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah Muhammad Fakhrur Razi Shahabudin Copyright (c) 2024 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-11-30 2024-11-30 11 1 72 87