Hukum pengamalan doa berbentuk istighathah: suatu analisis berdasarkan piawaian perbandingan
The ruling of prayer practice in the form of istighathah: an analysis based on comparative standards
Keywords:
Amalan Doa, Istighathah, Piawaian, Perbandingan, PenilaianAbstract
Umumnya, sudah menjadi kelaziman amalan dalam kalangan Masyarakat Muslim di Malaysia sejak sekian lama telah menggunakan amalan doa berbentuk istighathah dalam setiap amalan berdoa secara bersendirian mahu pun berbentuk kumpulan. Kebiasaan ini sekali gus telah mendatangkan pelbagai perspesi dalam kalangan masyarakat dan agamawan, sama ada amalan ini dibenarkan dalam agama atau sebaliknya iaitu bertentangan dengan konsep agama itu sendiri. Pelbagai bentuk amalan telah dibahas dalam artikel ini, justeru artikel ini ditulis bertujuan untuk menilai kembali hukum pengamalan doa berbentuk istighathah dan menganalisis piawaian doa berbentuk istighathah berdasarkan konsep perbandingan pandangan khilaf para ulama. Kajian ini telah membawa tujuh piawaian perbandingan, antaranya; kesabitan di dalam nas syarak, kebiasaan masyarakat, kejelasan maksud, meminta tolong kepada orang hidup dan mati, tasyabbuh zahir, kegelinciran akidah dan keraguan. Berdasarkan tujuh piawaian tersebut kajian ini membawa kepada sebuah kesimpulan, bahawa amalan doa dalam konteks istighathah ini tiada kerugian bagi umat Islam sekiranya ia ditinggalkan. Bahkan, tiada keuntungan bagi umat Islam jika amalan istighathah dilakukan kerana dibimbangi berlaku kegelinciran Aqidah. Justeru, pilihan yang terbaik adalah, berdoa kepada Allah secara langsung dan bukan meminta kepada Nabi SAW secara zahir. Ini adalah pilihan yang lebih selamat.
Downloads
References
Ahmad ibn Syu’aib al-Nasaii. (1996). Sunan al-Nasai. Qaherah: Dar al-Hadith.
Ahmad al-Ayid. (1989). al-Mu’jam al-‘Arabi al-‘Asasi. Munazzomah al-‘Arabiyyah: Larus.
Awaludin Hakim. (2017). Doa dalam Perspektif al-Qur’an Kajian Tafsir Ibnu Katsir dan Tafsir Al-Azhar. Jurnal Al-Fath, Vol. 11 No. 1, 2017, hal. 50.
Faisal ibn Qizar al-Jasim. (2007). Tajrid al-Tauhid Min Daroni al-Syirk wa Syubah al-Tandid. Kuwait: al-Mibrat al-Khayriyyah.
Ibn Hajar al-‘Asqalani. (1996). Fath al-Bari. Qaherah: Dar al-Hadith.
Ibn Katsir. (2023). Tafsir Ibnu Katsir (Terjemahan Bahasa Melayu). Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Ibn Rajab al-Hanbali. (1999). Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam. Qaherah: Dar al-Manar.
Ibrāhīm ibn Mūsā ibn Muḥammad al-Syatibi. (1996) al- I‘tiṣām. Arab Saudi: Dar ibn Affan.
Jalal al-Din al-Suyuti. (1998). al-Asybah wa al-Nazoir. Qaherah: Dar al-Salam.
K.H.M. Syafii Hadzami. (2015). Soal Jawab Agama. Kuala Lumpur: Victory Agencie.
Mohd Khafidz Soroni. (2021). Hukum Istighasah kepada Nabi SAW. Fitrah Islami Online. Retrieve from https://fitrahislami.wordpress.com/tag/istighathah/.
Mohsin, U. (1998). Tawassul: Amara yang Disyariatkan dan yang Dipertikaikan. Islamiyyat, 18-19: 35-45.
Mohamad Fairooz Fathillah & Mohamad Nidzam Abd Kadir. (2024). Istighathah: Suatu Analisis Berdasarkan Piawaian Perbandingan. Prosiding Isu-isu kontemporari dalam pengajian dakwah dan usuluddin. FPPI: UIS.
Muhammad Shahrulnizam Muhadi. (2018). Hukum berdoa menjadi hebat seperti tokoh besar. Al-Kafi lil al-Fatwa. Retrieve from https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2279-al-kafi-707-hukum-berdoa-menjadi-hebat-seperti-tokoh-besar.
Mursalim. (2011). Doa dalam perspektif al-Quran. Jurnal Al-Ulum, Vol. 11 No. 1, 2011, Hal. 65.
Mustafa Abu Yusuf. (1950). Ghauth al-‘Ibad bi Bayan al-Rasyad. Qaherah: Mustafa al-Halabi, 1950.
Mustaffa Suhaimi. (1994). Salah-Faham Tentang Bidaah dan Syirik. Ulu Kelang: Proggressive Publishing House.
Nāṣir al-Dīn al-Albānī. (1986). al-Tawassul Anwā‘uhu wa Aḥkāmuhu. Riyadh: Maktabah al-Ma'arif.
Sirajuddin ‘Abbas. (1996). Iktiqad Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
Wahbi Sulaiman Ghawaji. (1980). al-Syahadatani Wa Ahkamuhuma. Muassasah al-Risalah: Beirut. Cet: I, h. 57.
Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2015). Bayan Linnas Siri Ke-13: Adab Islam Bagi Menghadapi Kematian. Retrieve from https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2588-bayan-linnas-siri-ke-13-adab-islam-bagi-menghadapi-kematian.
Zakaria, M. B. D. (1996). Tawassul Dengan Roh Para Wali: Huraian Dan Ulasannya. Jurnal Usuluddin, 2(4).
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2024 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.