Pertukaran Budaya dan Identiti Hibrid: Kajian Pengaruh Budaya Jepun dalam Kalangan Mahasiswa UIS
Cultural Exchange and Hybrid Identity: A Study of the Influence of Japanese Culture Among UIS Students
Keywords:
Budaya Jepun, identiti hibrid, budaya, Malaysia, pertukaranAbstract
Kajian ini meneliti bagaimana budaya Jepun seperti anime, fesyen, muzik, makanan, dan bahasa mempengaruhi mahasiswa Universiti Islam Selangor (UIS). Dalam dunia digital yang semakin terbuka, unsur budaya Jepun semakin biasa dalam kehidupan harian anak muda di Malaysia, menimbulkan persoalan berkaitan kesannya terhadap identiti budaya tempatan dan cara belia menyesuaikan pengaruh luar ini dengan nilai budaya sendiri.
Tujuan utama kajian adalah untuk memahami bagaimana mahasiswa UIS menerima, menyesuaikan, dan menggabungkan budaya Jepun dengan budaya Malaysia serta bagaimana gabungan ini membentuk identiti baharu dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual separa berstruktur melibatkan lima mahasiswa UIS yang aktif dalam budaya Jepun seperti peminat anime, cosplayer, dan peminat muzik J-pop.Kata kunci: Identiti, budaya Malaysia, budaya Jepun, pengaruh, mahasiswa UIS. Hasil temu bual menunjukkan bahawa unsur budaya Jepun diterima secara selektif. Aspek hiburan dan estetik seperti gaya berpakaian dan muzik mudah diterima dan disesuaikan, manakala nilai seperti agama dan hubungan kekeluargaan terus dijaga dengan rapi. Mahasiswa juga menunjukkan kreativiti dalam menggabungkan elemen budaya Jepun dengan budaya tempatan, contohnya melalui fesyen dan penggunaan bahasa.
Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa mahasiswa Malaysia mampu menyesuaikan diri dengan pengaruh budaya luar tanpa mengabaikan akar budaya sendiri. Proses ini mencerminkan pembentukan identiti yang lebih terbuka dan pelbagai, sekaligus membantu memahami perubahan identiti mahasiswa masa kini serta memberi gambaran tentang arah masyarakat yang lebih terbuka dan seimbang dari segi budaya.
Downloads
References
Gullahorn, J. T., & Gullahorn, J. E. (1963). An extension of the U-curve hypothesis. Journal of Social Issues, 19(3), 33-47.
Hartas, D. (2004). Cross-fertilization in intercultural communication: The productive interaction between cultures. Journal of Intercultural Studies, 25(1), 45-60.
Chen, G.-M. (2013). Intercultural communication competence: A synthesis. Communication Yearbook, 37, 353-384.
Costello, P. J. (2015). Cross-cultural experiences and identity development. International Journal of Intercultural Relations, 48, 1-12.
Giddens, A. (1991). Modernity and self-identity: Self and society in the late modern age. Stanford University Press.
Giddens, A. (1997). The transformation of intimacy: Sexuality, love and eroticism in modern societies. Stanford University Press.
Haryati Abdul Karim. (2014). Globalisasi, penggunaan media dan identiti hibrid di kalangan remaja Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo, 8(1), 15-28.
Zainol Abidin Kasim. (2020). Kajian identiti pelajar-pelajar Malaysia di Jepun: hubungan dalam kelompok sosial ‘in-group’ dan ‘out-group’ (Tesis sarjana). Universiti Malaya.
Ahmad Afiq Md Hashim, & Abdul Latiff Bin Ahmad. (2020). Adaptasi budaya pelajar Malaysia di Jepun: Satu kajian kualitatif. Jurnal Pengajian Asia Timur, 12(2), 45-60.
Azrina Husin. (2004). Japanese food culture in Malaysia. Universiti Sains Malaysia.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2025 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



