Analisis Penyelidikan Keris dalam Pengubatan Tradisional Melayu Suatu Kajian Kes di Pasir Mas, Kelantan

Research Analysis of Keris In Traditional Malay Medicine as A Case Study in Pasir Mas, Kelantan

Authors

  • Azlina Musa

Keywords:

keris, pengubatan tradisional Melayu, ritual, keberkesanan, kepercayaan, kualitatif

Abstract

Makalah ini akan membincangkan tentang analisis penyelidikan keris dalam pengubatan tradisional Melayu sebagai suatu kajian kes di Pasir Mas, Kelantan. Kepercayaan di kalangan masyarakat yang mendapatkan perkhidmatan bomoh dulu dan kini. Hal ini bomoh adalah perlu dalam menyelesaikan keuzuran penyakit atau permasalahan hidup yang ditanggung oleh pesakit. Sehubungan itu, makalah ini akan meneliti apakah faktor yang menyebabkan masyarakat sekitar masih lagi mendapatkan pertolongan bomoh, dukun atau pawang yang menjadikan keris sebagai alat pembantu ritual dalam pengubatan tradisional Melayu. Selain itu, makalah ini turut meneliti sejauhmanakah masyarakat sekitar percaya bahawa keris berkesan dalam menyembuhkan penyakit dan menunaikan hajat seseorang dalam ritual yang diadakan. Di samping itu, makalah ini turut meneliti sejauhmanakah masyarakat sekitar percaya tentang kewujudan makhluk ghaib dapat mempengaruhi kehidupan mereka sehari-hari. Justeru itu kajian ini adalah diperolehi berdasarkan kajian lapangan iaitu pemerhatian di kawasan kajian, temu bual bersama tiga orang pengamal keris dan lima puluh orang responden. Sehubungan itu, dapatan kajian menerusi soal selidik responden yang meneliti umur, jantina, tempoh masa rawatan, tempat proses rawatan, tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan, bangsa atau kaum dan sumber maklumat berubat bomoh. Hasil dapatan data dianalisis menggunakan kaedah SPSS kualititatif serta dilengkapkan lagi dengan kajian kepustakaan sebagai pelengkap kajian sedia ada. Melalui pendokumentasian semula pengkajian ini dapat menambahkan lagi sumber khazanah ilmiah untuk rujukan generasi akan datang.

ABSTRACT

This article will be discussing the research analysis of keris (Malayan dagger) in traditional Malay medicine as a case study in Pasir Mas, Kelantan. The belief of those who engaged the services of a medium amongst the community now and then. In this situation, a medium is needed to solve the sickness and life problems faced by the sick. In connection with that, this article will analyze the factors that cause the community to still sought help from mediums or shamans that use the keris as a tool in rituals in traditional Malay medicine. This article also analyses to what extent does the local community believes in the effectiveness of keris in healing the sick and granting the wishes of a person in the ritual that is taking place. Also, this article will analyze to what extent the belief of local community on the existence of unseen creations can influence their daily lifestyle. As a matter of fact, this research is obtained by field research which is by observing the place of research, interviews with 3 keris practitioner and 50 respondents. In relation to that, after investigations of the respondents by their age, sex, period of the healing process, place of the process, their place of living, their work, salary, race, and source of information regarding the medium the data received is analyzed using the qualitative SPSS method and is completed by adding research from the research library. By redocumentation of the research, it will add the sources of academic research for the future generation’s reference

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abu Bakar Abdul Majeed. 1999. Perubatan Pencegahan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Darwis A. Soelaiman. 2001. Kosmologi Melayu. Dlm. Yaacob Harun (pnyt.). Manifestasi kosmologi dalam adat Acheh. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Haliza Mohd. Riji. 2000. Prinsip dan Amalan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Haron Daud. 2009. Mantera dan Unsur Luar Biasa Dalam Masyarakat Melayu. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Haron Din. 2011. Rawatan Penyakit Rohani. Bangi: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa’ Berhad.

H. Syukriadi dan Tata Sukayat. 2008. Kuntum Doa. Kuala Lumpur: Pts Millennia Sdn. Bhd.

Ismail Hamid. 1995. Kebudayaan Melayu di ambang abad baru satu himpunan makalah. Dlm. Hanapi Dollah & Lokman Mohd. Zen (pnyt.). Adat Istiadat Melayu Warisan Budaya Peribumi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamaruddin M. Said. 1981. Daripada nelayan-tani kepada pekerja bot (perubahan sosio-ekonomi nelayan di Kuala Perlis. Jurnal Antropologi dan Sosiologi.

Ling Yap Peng. 1983. Komuniti Bajau di Pulau Omadal, Sabah: Sejarah Ringkas, Sistem Sosial, Ekonomi dan Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Taib Osman. 1983. Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ting Chew Peh. 1987. Struktur masyarakat Malaya dalam zaman penjajahan. Jurnal Antroplogi dan Sosiologi.

Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. 1983. Kajian budaya dan masyarakat di Malaysia. Dlm. Mohd. Taib Osman & Wan Abdul Kadir Yusoff (pnyt.). Pertumbuhan Budaya Popular Masyarakat Melayu Bandaran Sebelum Perang Dunia Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wolf, Eric. R. 1985. Petani Suatu Tinjauan Antropologis. Jakarta: Penerbit Cv. Rajawali.

Yap Beng Liang. 1983. Kajian budaya dan masyarakat di Malaysia. Dlm. Mohd. Taib Osman & Wan Kadir Yusoff (pnyt.). Komuniti Bajau di Pulau Omadal, Sabah: Sejarah Ringkas, Sistem Sosial, Ekonomi dan Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published

2018-03-31

How to Cite

Musa, A. . (2018). Analisis Penyelidikan Keris dalam Pengubatan Tradisional Melayu Suatu Kajian Kes di Pasir Mas, Kelantan: Research Analysis of Keris In Traditional Malay Medicine as A Case Study in Pasir Mas, Kelantan. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 5(1), 55-73. Retrieved from https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/91