Senarai Kata Berfrekuensi dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia

Authors

  • Abdul Razif Zaini Pensyarah Jab. Pengajian Bahasa & Linguistik Arab, KUIS
  • Mohd. Zaki Abd. Rahman Pensyarah Jab. Bahasa Arab & BahasaTimur Tengah, Universiti Malaya

Keywords:

Saiz kata berfrekuensi, kosa kata reseptif, pembelajaran bahasa Arab

Abstract

Kosa Kata merupakan elemen asas bahasa. Ia merupakan asas penting yang perlu dimiliki dan dibangunkan dalam diri setiap penutur dan pelajar khususnya dalam konteks pembelajaran bahasa kedua/asing. Penguasaan bahasa kedua/asing menuntut pemilikan jumlah kata tertentu (kata berfrekuensi tinggi) bagi membolehkan sesuatu bentuk interaksi itu berlaku. Penutur atau pelajar mempunyai keutamaan untuk memilih perkataan yang wajar dikuasai terlebih dahulu, manakala guru pula berperanan dalam menyaring perkataan yang berkepentingan untuk didedahkan. Justeru bagi mencapai matlamat tersebut, di antara mekanisme yang boleh dimanfaatkan adalah penggunaan senarai kata berfrekuensi. Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk perbandingan yang dijalankan bagi meninjau senarai kata berfrekuensi yang sesuai dan relevan untuk dijadikan rujukan. Kajian juga bermatlamat membuat penilaian terhadap kriteria yang sewajarnya dimiliki oleh sesebuah senarai kata. Kajian membataskan penilaian ke atas tiga senarai kata yang dihasilkan pada akhir kurun ke 20 iaitu senarai kata McCarrus & Rammuny (1968), senarai kata al-Riyadh (1979) dan senarai kata Mekah (1981). Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga senarai kata ini masih relevan untuk dijadikan panduan bergantung kepada matlamat penggunaan yang ditentukan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

‘Abduh, Daud ‘Atiyyat. 1979. Al-Mufradat al-Sya‘i'at fi al-Lughat al-‘Arabiyyat- Dirasat fi Qawa’im al-Mufradat al-Sya‘i'at fi al-Lughat al-‘Arabiyyat.al- Riyadh: Matbu‘at Jami‘at al-Riyadh.

Abd al-Bari, Maher Sya‘ban. 2011. Ta’lim al-Mufradat al-Lughawiyyat, Amman: Dar al-Masirah.

Ahmad Sabri Noh, Kamarulzaman Abdul Ghani, Kaseh Abu Bakar, Khadijah Rohani Md Yunus, Wan Hamiah Wan Mahmud. 2013. Keperluan Pengukuran Kebolehbacaan Teks Berbahasa Arab. 3rd International Conference on Islamic Education 2013 (ICIED 2013) 6th – 7th April 2013, EPF Institute Kajang, Selangor, Malaysia.

Che Radiah Mezah dan Norhayuza Mohammad. 2011. Kosa Kata Arab: Teori & Aplikasi, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Cobb, T. (2007). Computing the vocabulary demands of L2 reading. Language Learning & Technology, 11(3), 38-63.

http://llt.msu.edu/vol11num3/cobb/default.html (20 Julai 2014)

Cowie, A.P. 2007. English Dictionaries for Foreign Learners: A History. New York: Oxford University Press Inc.

Decarrico, J. S. 2001. Vocabulary Learning and Teaching. In C.-M. Marianne, Teaching English as a Second Foreign Language (pp. 285-299). United States of America: Heinle & Heinle.

Folse. K. S. 2004. Vocabulary Myths. Ann Arbor, MI: University of Michigan Press. Lehr, Fran., Osborn, Jean., Hiebert, Elfrieda H. 2004. A Focus On Vocabulary.

Honolulu: Pacific Resources for Education and Learning. Dipetik dari http://www.prel.org/products/ re_/ES0419.htm (09/05/2014)

McCarthy, Micheal. 1992. Vocabulary. Hong Kong: Oxford University Press. McCarus, Ernest M dan Rammuny Raji M. 1968. Word Count of Elementary Modern

Literary Arabic Textbooks.

Meara, PM. 1980. Vocabulary Acquisition: A Neglected Aspect of Language Learning. Language Teaching and Linguistics: Abstract 13, 4, 221-246.

Nathesan. S. 2011. Leksikon: Kosa Kata Bahasa, Dewan Bahasa Ogos 2011, Jilid 11 Bil. 08, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Nation, I.S.P. 2001. Learning Vocabulary in Another Language, United Kingdom: Cambridge University Press.

Nation, I.S.P. and Waring, R.

Read, J. (2000). Assesing Vocabulary. Eds. Alderson, J.C. & Bachman, L.F. United Kingdom: Cambridge University Press.

al-Syarbufiy, ʽIsa ʽAudat ʽAthiyyat. 2007. Qawaim al-Mufradat al-Syai'at wa Ta'lim al- Lughat. Dipetik dari www.faculty.ksu.edu.sa/3046/research (09/05/2014)

Ta'emah, Rushdee. (2005). al-Kitab al-Jami‘iyy, Mauqi‘uh wa Ma‘ayiruh wa Musykilatuh, al-Qahirat.

Tamman Hasan., Radhi, Abd al-Hakim., al-Imam, al-Sayed Muhammad … Kharibah, Muhammad Abd al-Mun’im. 1981. Qa’imat Makkah li al-Mufradat al-Syai’at. Mekah: Matabi’ al-Sofa.

Published

2014-03-31

How to Cite

Senarai Kata Berfrekuensi dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. (2014). The Journal of Social Analysis and Sustainability Studies (JSASS), 1(1), 1-20. https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/93

Similar Articles

31-40 of 70

You may also start an advanced similarity search for this article.