Undang-undang berkaitan Produk Halal di Malaysia: Perbandingan Kesalahan Penyalahgunaan Tanda Halal di Peringkat Negeri
Laws related to Halal Products in Malaysia: Comparison on The Offenses of Halal Signs Abuse at the State Level
Keywords:
offenses, abuse, halal sign, halalan tayyibanAbstract
Islamic Shari'a is a complete Shari'a that covers all aspects of human life including halal and haram. The enactment of a law whether it is halal or haram is to safeguard human welfare and well-being. The principle of halalan tayyiban in Islam is not only focused on food and consumer goods, but it also covers the economic, financial and all aspects of human life. Malaysia has implemented various policies and standards to develop the halal industry and make Malaysia the leader of the global halal hub. Therefore, in order to ensure the sustainability of the halal system is applied in human life, the enforcement of the law is very important by the authorities at the state or federal level. The purpose of this article is to explain the provisions of halal-related offenses contained in the act and enactment of sharia criminal offenses in the states of Malaysia. This study was conducted qualitatively and data were obtained through document analysis. The results show that only some states provide lawful offenses for the use of halal marks in their respective state syariah criminal act/enactment, as some states provide for offenses related to the use of halal signs such as Penang, Selangor and Johor. While other states such as Perlis, Kedah and Perak do not have such provisions to date. The states that deal with the halal product-related offenses also have differences in the types of offenses, the rates of punishment, and enforcement at the state level. The study is expected to provide an overview of the legal provisions relating to halal products and their enforcement at the state level in Malaysia. This shows that the administration of the Islamic religion at the state level has given serious attention to the principle of halalan tayyiban in the lives of Muslims.
Abstrak
Syariat Islam merupakan syariat yang lengkap dan mencakup seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah dalam perkara halal dan haram. Pensyariatan sesuatu hukum sama ada halal atau haram adalah untuk menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan manusia. Prinsip halalan tayyiban dalam Islam bukan sahaja tertumpu kepada makanan dan barang gunaan, bahkan meliputi sistem ekonomi, kewangan dan seluruh aspek kehidupan manusia. Malaysia sendiri telah melaksanakan pelbagai polisi dan standard bagi membangunkan industri halal dan menjadikan Malaysia sebagai peneraju hub halal global. Oleh itu, bagi memastikan kelangsungan sistem halal diaplikasi dalam kehidupan manusia, penguatkuasaan undang-undang sangat penting dilaksanakan oleh pihak berwajib sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan. Tujuan artikel ini adalah untuk menjelaskan peruntukan kesalahan berkaitan halal yang terdapat dalam akta dan enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan data diperolehi melalui analisis dokumen. Hasil kajian mendapati hanya sebahagian negeri sahaja yang memperuntukkan kesalahan penyalahgunaan tanda halal dalam akta/enakmen jenayah syariah negeri masing-masing seperti sebahagian negeri-negeri memperuntukkan kesalahan berkaitan penyalahgunaan tanda halal seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Sementara negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah dan Perak tiada peruntukan tersebut sehingga kini. Negeri-negeri yang memperuntukkan kesalahan berkaitan produk halal juga terdapat terdapat perbezaan dari segi jenis kesalahan dan kadar hukuman yang ditetapkan serta penguatkuasaan yang dilaksanakan di peringkat negeri. Kajian diharapkan dapat memberi gambaran mengenai peruntukan undang-undang berkaitan produk halal dan penguatkuasaannya di peringkat negeri-negeri di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pentadbiran agama Islam di peringkat negeri sangat memberi perhatian yang serius terhadap prinsip halalan tayyiban dalam kehidupan umat Islam.
Downloads
References
Ahmad Hidayat Buang dan Zulzaidi Mahmood. 2012. Isu dan Cabaran Pensijilan Halal di Malaysia. Jurnal Syariah. 20(3). 271-288
Basri Ibrahim. 2009. Isu-isu Fiqh Halal dan Haram Semasa. Jil. 1. Batu Caves: al-Hidayah Publication.
Harlida Abdul Wahab dan Alias Azhar. 2014. Halalan Tayyiban Dalam Kerangka Perundangan Malaysia. KANUN. Jun 2014. 26(1). 103-120.
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 2019. http://www.esyariah.gov.my/. 31 Julai
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2019. http://www.halaljakim.gov.my/. 26 Julai
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 2019. http://www.kpdnhep.gov.my/. 26 Julai
Mahmood Zuhdi Ab. Majid. 2001. Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norazla Abdul Wahab et al. 2015. Undang-Undang Halal Malaysia: Isu Dan Cabaran. World Academic and Research Congress 2015 (World-AR 2015) Ar-Rahim Hall, YARSI University, Jakarta, Indonesia, 9th – 10th December 2015. 111-135.
Siti Zalikhah Mohd Nor dan Shofian Ahmad. 2004. Hak Pengguna di Malaysia Berkaitan Pemakanan. Zaini Nasohah et al (ed.) Syariah dan Undang-undang Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Siti Zubaidah Ismail. 2017. Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit UM
Yusof al-Qardhawi. 1994. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Beirut: Maktabah Islami
Zulkifli Hassan.2007. Undang-undang Produk Halal di Malaysia: Isu Penguatkuasaan dan Pendakwaan. Konvensyen Kebangsaan Undang-undang: Isu Penguatkuasaan dan Pendakwaan. 11-12 Ogos 2007. 1-12
Statut:
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Pindaan 1984
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001
Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah (Sarawak) 2001
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011
Published
How to Cite
Issue
Section

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.



