Konsep Halal dan Kreativiti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melalui Pemetaan Kognitif

Halal Concepts and Creativity of Language Teaching and Learning Through Cognitive Mapping

Authors

  • Wan Mohd Fairaz Wan Mohd Ghazali KUIS
  • Wazzainab Ismail KUIS
  • Nur Aisyah Abu Hasan KUIS

Keywords:

halal, kreativiti, bahasa, pemetaan kognitif

Abstract

The word Halal is from an Arabic word meaning allowed or allowed. The Quran has mentioned the word halal 49 times. Usually the word halal refers to food. But the true nature of the halal concept encompasses all the practices and activities of a Muslim who is responsible for law enforcement. The law of taklifi is the law that is divided into compulsory, circumcised, makruh, illegal and obligatory. The original law of everything is to be allowed. But the law should change to lawful or illegal if the effect is harmful. The concept of halal can actually be associated with practice and career. This is because Muslims are required to seek halal sustenance and in a halal way. So, to what extent does anyone in academia as a language teacher realize that their careers are in line with law and law? This study aims to identify the relationship between halal concepts and careers, explaining the need for halal concepts in their careers as a language teacher. Subsequently, the study suggests a form of implementation of appropriate language teaching and learning creativity. It is the dedication of the language teaching and learning creativity that is a halal career reflection. Among the suggested creativity is the use of cognitive mapping. Qualitative research is based on classroom observations and language teacher and student interviews. The findings show that most educators understand halal concepts in their work. Teachers also agree that hard work is a hallmark of halal work that will have a positive impact. This positive impact is reflected in the implementation of observations in language classes that are Arabic, Mandarin and Japanese using cognitive mapping. Therefore, language educators need to continue to consider appropriate implementations for language teaching and learning as they are closely linked to the blessing and halal provision of working.

Abstrak

Perkataan Halal adalah daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan. Al-Quran telah menyatakan perkataan halal sebanyak 49 kali. Kebiasaannya perkataan halal lebih merujuk kepada makanan. Namun hakikat sebenar konsep halal mencakup segenap amalan dan aktiviti seorang Muslim yang dipertanggung jawab kepadanya hukum taklifi. Hukum taklifi iaitu hukum yang terbahagi kepada wajib, sunat, makruh, haram dan harus. Hukum asal setiap sesuatu adalah harus iaitu dibolehkan. Namun hukum harus akan bertukar kepada halal atau haram jika kesannya membawa mudarat. Konsep halal sebenarnya boleh dikaitkan dengan amalan dan kerjaya. Ini kerana orang Islam diwajibkan mencari rezeki yang halal dan dengan cara yang halal. Jadi, sejauh manakah seseorang dalam bidang akademik sebagai pengajar bahasa menyedari bahawa kerjaya mereka berhubung kait dengan hukum halal dan haram. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan konsep halal dan kerjaya, menjelaskan tentang keperluan konsep halal dalam kerjaya sebagai tenaga pengajar bahasa. Seterusnya kajian mencadangkan bentuk pelaksanaan kreativiti pengajaran dan pembelajaran bahasa yang sesuai. Iaitu kesungguhan pelaksanaan kreativiti pengajaran dan pembelajaran bahasa yang merupakan refleksi kerjaya halal. Antara kreativiti yang dicadangkan ialah penggunaan pemetaan kognitif. Kajian kualitatif adalah secara pemerhatian dalam kelas dan temubual tenaga pengajar bahasa dan pelajar. Dapatan kajian mendapati sebahagian besar tenaga pengajar memahami konsep halal dalam bekerjaya. Tenaga pengajar juga bersetuju bahawa pekerjaan yang bersungguh adalah ciri-ciri kerja halal yang akan memberi impak positif. Maka impak positif ini dilihat dalam pelaksanaan pemerhatian dalam kelas pengajaran bahasa iaitu bahasa Arab, Mandarin dan Jepun yang menggunakan pemetaan kognitif. Oleh yang demikian para tenaga pengajar bahasa perlu berterusan memikirkan pelaksanaan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa kerana ianya berkait rapat dengan rezeki yang berkat dan halal dalam bekerjaya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Kareem Zaidan. 1998. Al-Wajeez Fi Usul al-Fiqh. Lubnan Muassasah al-Risalah. Cetakan 7. P23-30.

Ahmad Falah. 2014. Pembelajaran Bahasa Arab Berbasis Mind Map Untuk Meningkatkan

Bahasa Arab Pada Tingkat Madrasah. Jurnal Arabia: Vol. 6, No.1 Januari – Juni 2014.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Program I Think: Membudayakan Kemahiran Berfikir. Penerbit: Kementerian Pelajaran Malaysia, Cetakan 2012. https://www.scribd.com/document/331291022/iTHINK-KBAT MembudayakanKemahiran-Berfikir dicapai pada 16 Jan 2018.

Edward C. Tolman. 1948. Cognative Maps. http://www.newworldencyclopedia.org/entry/ Edward_C._Tolman dicapai pada 5 Feb 2018.

Ghazali Darusalam, Sufean Hussin. 2016. Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan & Analisis Kajian. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Cetakan 3.

Khairuddin Bin Haiyon. Bekerja Tuntutan Kehidupan. http://www.jais.gov.my/article/ bekerja-tuntutan-kehidupan dicapai pada 5 April 2018.

Muhammad Fuad Abdul Baghi. 1994. Mu’jam al-Fihras Li-AlFaz al-Quran. Lubnan: dar al-Fikri. Cetakan 4. P.274-275.

Tony Buzan. 2006. Use Your Head. Educational Publisher LLP BBC ACTIVE: England

Published

2020-04-30

How to Cite

Wan Mohd Ghazali, W. M. F., Ismail, W. ., & Abu Hasan, N. A. (2020). Konsep Halal dan Kreativiti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melalui Pemetaan Kognitif: Halal Concepts and Creativity of Language Teaching and Learning Through Cognitive Mapping. The Journal of Social Analysis and Sustainability Studies (JSASS), 7(1), 71-79. Retrieved from https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/15