Elemen Pendidikan Manhaj Rabbani menggunakan Analisis Kajian Literatur Bersistematik (SLR)
Keywords:
Elemen, Pendidikan, Manhaj Rabbani, Analisis, LiteraturAbstract
Konsep pendidikan manhaj rabbani merupakan ciri paling utama bagi Islam kerana ia merujuk kepada sifat pengabdian diri kepada tuhan, sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran al-Karim. Kajian ini memfokuskan kepada literatur berkaitan elemen pendidikan manhaj rabbani dalam kajian terdahulu dan mengintegrasikan penemuan kajian lepas bagi meneroka cadangan isu baharu untuk dikaji. Prosedur yang dijalankan adalah melalui Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) iaitu merangkumi strategi pencarian, kriteria pemilihan, proses pemilihan, pengumpulan data dan analisis data bagi karya ilmiah dan artikel yang diperolehi. Sebanyak 13 buah artikel dikenal pasti melalui kriteria yang ditetapkan iaitu tahun penerbitan terkini yang diambil bermula dari tahun 2016. Dapatan kajian menunjukkan elemen pendidikan manhaj Rabbani perlu disebar luaskan ke seluruh peringkat masyarakat dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat tertinggi, dari setiap agensi kerajaan dan bukan kerajaan, swasta mahupun secara persendirian. Elemen pendidikan rabbani diukur melalui peningkatan potensi dan kemahiran, pengaplikasian ilmu pengetahuan dan teknologi, pembinaan jiwa insan pendidik, pembudayaan amalan berguru dan pelaksanaan penyelidikan berterusan. Justeru, penyelidikan lanjutan diperlukan untuk meneliti secara empirikal bagi melihat keberkesanan elemen pendidikan manhaj Rabbani dapat dilaksanakan demi mengembalikan zaman kegemilangan Islam.
Downloads
References
AL-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman
(21 Januari, 2021). Ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Retrieved from tv alhijrah online.
al-Asqalani, A. b. (n.d.). Faat al-Baari bi Syarah Shahih al-Bukhari. Beirut Daar: Beirut.
al-Jauzi, A. b. (1965). Tafsir Ibnu al-Jauzi. Beirut: Al-Maktab al-Islami.
al-Maraghi, A. M. (1971). Tafsir al-Maraghi. Beirut: Daar al-Fikr.
Ariffin, Z. (2020). Al-Quran Sumber Pendidikan Alaf 21. Jurna Pendidkan Islam, 526-543.
Arifin Mamat & Yaacob Yusoff. (2018). Pembangunan dan Pengislahan Masyarakat dalam Pendidikan Rabbani. 6 th International Conference in Islamic Education: Rabbani Education 2018 (pp. 81-85). Kelantan: UMK.
Arifin Mamat & Yaacob Yusoff. (2018). Pembangunan dan Pengislahan Masyarakat dalam Pendidikan Rabbani. International Conference in Islamic Education: Rabbani Education 2018, (pp. 68-79). Kelantan.
Ma’zumi, Syihabudin, dan Najmudin. (2019). Pendidikan Dalam Perspektif Al-Qur’an Dan Al-Sunnah : Kajian Atas Istilah Tarbiyah, Taklim, Tadris, Ta’dib dan Tazkiyah. Indonesian Journal of Islamic Education – Vol. 6 No. 2 , 194-216.
Mazlan Ibrahim, Azizi Umar, Shukeri Mohamad. (2018). Pentafsiran dan Terminologi Rabbani dalam Ilmu Pendidikan Menurut Kitab Tafsir . International Conference in Islamic Education: Rabbani Education 2018 (pp. 1-9). Kelantan: Yayasan Islam Kelantan.
Norasid, M. A. (2016). Konsep Modal Insan Rabbani menurut al-Quran: Analisis Pemikiran Said Hawwa dalam Tafsir al-Asas fi al-Tafsir. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Omar, A. (2018). Amalan Terbaik Dalam Prinsip Kebersamaan Tanggungjawab Berdasarkan Pendidikan . 6 th International Conference in Islamic Education: Rabbani Education 2018, (p. 42). Kelantan.
Safar, A. @. (2018). Insan Rabbani Suatu Sorotan. International Conference in Islamic Education: Rabbani Education 2018 (pp. 681-687). Kelantan: Yayasan Islam Kelantan.
Shihab, M. (2002). Tafsir al-Misbah. Jakarta: Lentera Hati.
Som, H. M. (2018). Pendidikan Rabbani Ke Arah Melahirkan Generasi Khaira Ummah. 6th International Conference in Islamic Education: Rabbani Education 2018, (pp. 31-41). Kelantan.
Tamuri, M. H. (2018). Amalan Terbaik Dalam Prinsip Pembelajaran dan Pengkajian Berterusan Berdasarkan Pendidikan Rabbani. 6 th International Conference in Islamic Education: Rabbani Education (pp. 50-63). Kelantan: Yayasan Islam Kelantan.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2022 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



