Pelestarian Rukun Negara: Tinjauan awal dalam kalangan para pelajar sekolah menengah di negeri Sabah dan Sarawak
Sustainability of Rukun Negara: A preliminary survey among secondary school students in the states of Sabah and Sarawak
Keywords:
Rukun Negara, 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan, Institusi PendidikanAbstract
Rukun Negara merupakan ideologi perpaduan yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 rentetan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Rusuhan yang terjadi dipandang serius oleh pihak kerajaan kerana telah mengakibatkan kecederaan, kerosakan harta benda dan kematian. Tindakan segera yang dilaksanakan ialah dengan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Justeru, penelitian ini adalah untuk mengkaji tahap pemahaman dan penghayatan prinsip Rukun Negara dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Sabah dan Sarawak. Seramai 120 orang responden yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Bagi pendekatan kualitatif, kajian ini membuat penelitian terhadap sumber primer dari Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur seperti , UHEA 221 BHG. 3 (A) Rukunegara- Penerangan, JPN221 BHG.3 Jawatankuasa Rukunegara dan akhbar serta sumber sekunder seperti buku. Manakala bagi pendekatan kuantitatif kajian ini menggunakan perisian Statiscal Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 Hasil kajian mendapati bahawa tahap penghayatan pelajar min 5.132 lebih rendah berbanding tahap pemahaman min 5.610. Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu menyebarluaskan ideologi Rukun Negara secara bersepadu agar dipraktikkan dan dilestarikan dalam kalangan pelajar sekolah bagi menjamin kesepaduan nasional.
Downloads
References
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah penyelidikan. Mc Graw Hill Education.
Hirschman, Charles. (1971). Ethnic stratification in West Malaysia. University of Wisconsin.
Jabatan Perpaduan Negara, JPN 221 BHG.3, Jawatankuasa Rukunegara.
Kementerian Penerangan Malaysia, UHEA 221 BHG.3 (A), Rukunegara Penerangan.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan https://www.moe.gov.my/index.php/falsafah-pendidikan-kebangsaan
Leon Comber. (1985). Sejarah perhubungan Melayu –Cina. Terj. Omardin Haji Ashaari. Vinlin Press Sdn. Bhd.
Mohamed Ali Haniffa, Mohd Mahazan Awang, Nurhijrah Zakaria, Nor Azlah Sham Rambely, Ayu Azilah Mohamad, dan Siti Nor Zakiah Saidi. (2022). ‘Mengupayakan pemahaman Rukun Negara dalam kalangan warganegara Malaysia’, dalam Abdul Aziz Abdul Rahman (editor). Rukun Negara dan Pancasila Ideologi dan Amalan. Universiti Malaysia Pahang.
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Ali Haniffa, Ayu Nor Azilah Mohamad dan Mohd Adib Akmal Ahmad Shatir. 2021. Rukun Negara Sebagai Medium Pembinaan Bangsa: Penelitian Awal Terhadap Mahasiswa dan Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Proceeding of 8th International Research Management and Innovation Conference (8th IRMIC 2021), hlm.14-23.
Mohd. Azri Ibrahim, Romzi Ationg, Mohd. Sohaimi Esa, Abang Mohd. Razif Abang Muis, Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff dan Saifulazry Mokhtar. 2021. Pengetahuan Terhadap Ilmu Perlembagaan, Undang-Undang dan Rukun Negara dalam Konteks Kepimpinan: Kajian Kes Pelajar Universiti Sabah (UMS), Journal of Islamic, Sosial, Economics and Development (JISED), Vol: 6, Issues: 38, hlm.45-59.
Nik Anuar Nik Mahmud.(2000). Tragedi 13 Mei 1969: “Rahmat Tersembunyi”, Kertas Kerja Seminar Mingguan FSSK.
Noor Ahikin Hamid, Hussain Yusri Zawawi, Mahamad Naser Disa dan Ahmas Zafry Mohamad Tahir. 2021. ‘Rukun Negara as a preamble to Malaysia Constitution’, Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities 29. (S2);29-42.
Nor Azlah Sham Rambely. (2018). Tragedi 13 Mei 1969 : Dari paradigma konflik ke dimensi kesepaduan sosial dalam memperkasakan hubungan etnik masa kini. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM.
Sejarah Kementerian Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). https://www.jpnin.gov.my/web/sejarah-jpnin.
Siti Nor Zakiah Saidi, Mohamed Ali Haniffa dan Nor Azlah Sham Rambely. (2023). Rukun Negara: Cerminan kesepaduan nasional. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan kali ke-8 (PASAK 8) 10-11 Mei 2023.
The Straits Echo. Time of Malaya & Pinang Gazette, ‘Overall Situation Tense But Under Control’. Peneng Monday May 19/ 1969 Vol. 64. No 114.hal.1.
Tunku Abdul Rahman Putra. (1969). May 13: Before and after.Utusan Melayu Berhad.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2024 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.