Bentuk-bentuk Lakuan Rujukan Tun Dr. Mahathir dalam Isu 1MDB

Tun Dr. Mahathir’s Speech Act Of Reference in 1MDB Issue

Authors

  • Abd Ganing Laengkang KUIS

Keywords:

lakuan bahasa rujukan, Tun Dr. Mahathir, artikel chedet.cc, kritikan dan 1MDB

Abstract

Lakuan rujukan ialah ujaran atau tulisan yang menunjukkan penutur atau penulis menyatakan sumber rujukan yang jelas dalam sesuatu pernyataan. Istilah lakuan rujukan ini dibina berdasarkan pandangan J.L Austin (1962) dan H.P Grice (1975). Austin melihat setiap ujaran mengandungi lakukan manakala H.P Grice pula menyatakan ujaran berkualiti ialah ujaran yang mempunyai dalil yang kukuh. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti bentuk-bentuk lakuan rujukan terhadap artikel blog chedet.cc oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebanyak 40 artikel berkaitan 1MDB dipilih untuk dianalisis. Artikel ini diterbitkan antara tahun 2014 hingga 2018. Kerangka teori kajian ini menggunakan kerangka konsep Maksim Grice (1975) yang kemudiannya diperincikan oleh Noriati Ab Rashid (2015), iaitu Kategori Rujukan Sumber. Namun demikian, kajian ini mengemas kini kerangka tersebut dengan mengemukakan dua jenis lakuan rujukan, iaitu lakuan rujukan khusus dan lakuan rujukan umum.  Lakuan rujukan khusus ialah ujaran yang menyatakan secara jelas sumber rujukan yang digunakan, manakala lakuan rujukan umum ialah ujaran yang menyatakan secara umum tanpa menyebut secara khusus sumber yang dirujuk. Berdasarkan analisis, jumlah keseluruhan kekerapan ujaran lakuan rujukan adalah sebanyak 215. Daripada jumlah tersebut, analisis mendapati bentuk rujukan khusus mencatatkan kekerapan tertinggi, iaitu sebanyak 144 kali (67%) manakala rujukan umum pula hanya mencatatkan kekerapan sebanyak 71 (33%). Kajian ini merumuskan bahawa penyampaian maklumat atau pendedahan maklumat oleh Tun Dr. Mahathir dalam isu 1MDB mengutamakan sumber rujukan khusus berbanding bentuk rujukan umum. Hal ini turut menggambarkan sikap bahawa Tun Dr. Mahathir cenderung menyatakan rujukan dengan jelas, tepat dan boleh dipertanggungjawabkan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Ganing Laengkang. (2010). Kesantunan bahasa dalam ceramah motivasi. (Disertasi Ijazah Sarjana, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya).

Abdulrahman Alkhirbash. (2010). Persuasive language in selected speeches of Tun Dr. Mahathir Mohammad (Tesis Doktor Falsafah, Universiti Putera Malaysia).

Austin, J.L. (1962). How to do things with word. oxford. Oxford University Press.

Brown, P., dan Levinson, S. (1987). Politeness: some universal in language usage. Cambridge: Cambridge University Press.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus kesusasteraan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Eugene Botha. (2007). Speech Act Theory And Biblical Interpretation. Neotestamenica 41 (2), 274-294.

Gabriel Piterberg. (1993). Speech acts and written texts: a reading of a seventeenth-century ottoman historiographic episode. Poetics Today. 14 (2), 387-418.

Grice, H.P. (1975). Logic and conversation. In Cole. P., & Morgan, J.(Ed.), Syntax and semantic: speech act (pp 41-58). New York: Academic Press.

Jacqueline Visconti. (2009). Speech acts in legal language: introduction. Journal of Pragmatics 41, 393–400.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lorenzo Fiorito. (2006). On performative in legal discourse. Metalogicon. 2, 101 -112.

Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar dan Maslida Yusof (Eds). (2012). Kesantunan bahasa: prinsip dan aplikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marrianne Constable. (2011). Law as claim to justice: legal history and legal speech act. Uc Irvine Law Review. 1 (3), 631-640.

Mustafa Hj Daud. (1995). Budi bahasa dalam tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid. (2005). Kesantunan orang Melayu dalam majlis pertunangan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noriati A. Rashid. (2006). Perkembangan pengkajian kesantunan: satu tinjauan. Jurnal Bahasa 6 (4) 657-678.

Pratt Mary Louise. (1975). Toward a speech act theory of literary discourse. (Doctoral dissertation, Stanford University).

Sanat Md Nasir. (2000). Tatabahasa wacana bahasa Melayu. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 28 Oktober 2000.

Schaefer, E. J. (1982). An analysis of the discourse and syntax of oral complaints in English. (Unpublished Master Thesis, University of California).

Searle, J. R. (1979). Expression and meaning. Cambridge: Cambridge University Press.

Searle, J.R. (1969). Speech acts. Cambridge: Cambridge University Press.

Takashi. Manabe. (1984). Speech act theory based interpretation for written text. (Doctoral dissertation, University of Texas).

Published

2020-02-06

How to Cite

Abd Ganing Laengkang. (2020). Bentuk-bentuk Lakuan Rujukan Tun Dr. Mahathir dalam Isu 1MDB: Tun Dr. Mahathir’s Speech Act Of Reference in 1MDB Issue. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 6(2), 117-134. Retrieved from https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/36