Analisis Aspek Bahasa dalam Manuskrip Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafic
The Language Aspects in the Manuscript of Tacmim Al-Manafic Bi Qira’at Al-Imam Nafic
Keywords:
Bahasa Arab, Al-Tarmasiy, Manuskrip, Ulama Nusantara, Qiraat Imam Nafi’Abstract
Manuskrip Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafic mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia memaparkan kewibawaan, kecekalan serta kerajinan seorang ulama Nusantara di peringkat dunia. Analisis dari aspek bahasa yang dibuat dalam kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur kewibawaan al-Tarmasiy dalam penulisan bahasa arab beliau. Bagi seseorang ilmuan yang membesar di Nusantara dan hanya mendapat pendedahan tentang penghasilan karya dalam bahasa arab ketika usianya menginjak dewasa, adalah menjadi tanda tanya perihal kewibawaan bahasa penulisannya. Metodologi yang digunakan adalah berbentuk kualitatif. Penyelidikan yang dijalankan adalah berdasarkan manuskrip yang merupakan instrumen utama. Pengumpulan data dalam bentuk perkataan dianalisis secara induktif. Fokus dibuat kepada makna yang dikandunginya serta dijelaskan ketika berlaku kesamaran. Penyelidikan kualitatif sebegini menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk pengiraan. Hasilnya didapati bahawa al-Tarmasiy menguasai ilmu bahasa arab serta dapat menerapkan pengetahuannya itu dengan baik. Walaupun terdapat beberapa kesalahan bahasa di sepanjang halaman-halaman manuskripnya, ia tidaklah banyak. Malahan ia adalah kesalahan biasa bagi mana-mana penulis Nusantara ketika berkarya dalam bahasa arab. Implikasi di sebalik kekurangan ini adalah ia berupaya mengukuhkan bukti manuskrip tersebut adalah buah tangan al-Tarmasiy sendiri. Kajian sebegini juga mampu menonjolkan kehebatan karya-karya ulama Nusantara serta mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi.
Downloads
References
Buku
cAbbās Hānī Chirākh, Manahij Tahqiq al-Makhtutat.(2010). Kaherah. Maktabat al-Thaqafah al-Diniyyah
Abdurrahman Masud. (2006). Dari Haramain Ke Nusantara Jejak Intelektual Arsitek Pesantren. Indonesia. Kencana Prenada Media Group.
Khalid Muhammad. (2003). Taqrib al-Macani fi Syarh Hirz al-Amaniy fi al-Qiraat al-Sabc. Arab Saudi. Dar al-Zaman.
Othman Lebar. (2012). Penyelidikan Kualitatif. Selangor. Univision Press Sdn.Bhd.
Snouck Hurgronje. (2007). Mekka: In the Latter Part of the 19th Century: Daily Life, Customs and Learning of the Moslims of the East-Indian-Archipelago.
Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz Abdullah. (2012). Hashiyat Takmilat al-Manhaj al-Qawim ila al-Faraid Bafadal. Mekah.
Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz Abdullah. (1907). Tacmim al-Manafic fi Qiraat al-Imam Nafic. Mekah.
cUmar cAbd al-Jabbar. (1982). Siyar Wa Tarajum Bacdh cUlama’ina fi al-Qarn al-Rabic Ashar Li al-HijrahJeddah, Cet.3.
Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2005). Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Khazanah Fathaniyah. Perpustakaan Ukm.
Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2009). Koleksi Ulama Nusantara. Kuala Lumpur. Khazanah Fathaniyah.
Jurnal
Hayati Hussin, Abdul Rahim Ahmad, Zainora Daud, Muhammad Lukman Ibrahim. (2016), Justifikasi Qiraat Di Dalam Manuskrip Ta‘mim Al-Manafi‘ Bi Qiraat Al-Imam Nafi‘ Karangan Al-Tarmasi, Jurnal al-Turath,
Hayati Hussin, Sabri Bin Mohamad, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Abdul Rahim Ahmad. (2015), Al-Tarmasiy: Tokoh Prolifik Dalam Bidang Pengajian Islam, Jurnal Pengajian Islam Akademi Islam Kuis, 8(2), 75.
Siti Fatimah Salleh, Mohd.Zulkifli Muda, (2011), Perbezaan Qiraat Mutawatirah dan Aplikasinya dalam Ayat-Ayat Munakahat, Journal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 4, 13.
Mohd A’Tarahim Mohd Razali Bin Mohd Razali, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff Bin Mohd Yusoff, Nor Hafizi Yusof Bin Yusof, Siti Fatimah Salleh Binti Salleh, Mohd Faiz Hakimi Mat Deris Bin Mat Deris, Normadiah Daud Binti Daud, Abdillah Hisham Bin Abd Wahab, Daud Bin Ismail. (2017). Khilaf Qiraat Mutawatirah: Satu Analisa Pada Ayat Haid Dari Aspek Peranan, Perkaitan Dan Pertalian Pada Hukum Fiqh Journal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 14, 83.
Zahriah Husin (2016), Nik Farhan Kepentingan Nahu Arab dalam Menghafaz al-Quran, GEMA Online Journal of Language Studies, 16(2), 95.
Published
How to Cite
Issue
Section

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.