Sumbangan Ibnu Majid Dalam Kepimpinan Pelayaran Laut
Ibnu Majid’s Contribution in Leadership of Navigation
Keywords:
Ibnu Majid, kepimpinan, disiplin, pelayaranAbstract
Ibnu Majid adalah seorang tokoh pelayar muslim terkenal di perairan Lautan Hindi pada abad ke-15M. Nama beliau ialah Ahmad bin Majid bin Muhammad ʻAmr bin Fadl bin Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husin bin Abi Maʻlaq al-Saʻadi bin Abi al-Rakayib al-Najdi dan berasal dari Julfar (kini Ra’s al-Khaimah, Emiriah Arab Bersatu). Sumbangan Ibnu Majid terhadap dunia pelayaran telah mendapat banyak perhatian ilmiah daripada para sarjana seperti Ibrahim Khuri (1991), Hasan Saleh Shihab (2001), G.R.Tibbetts (1971), Anwar ‘Abd al-‘Alim (1967) dan al-‘Aidrus (1991). Majoriti sarjana tersebut mengkaji sumbangan beliau terhadap pelayaran dengan menfokuskan kepada ilmu falak dan laluan pelayaran. Namun begitu, sumbangan Ibnu Majid dalam adab dan kepimpinan masih belum dibahas sepenuhnya oleh pengkaji sebelumnya. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis sumbangan Ibnu Majid dalam kepimpinan pelayaran berdasarkan catatan beliau. Karya-karya Ibnu Majid yang dirujuk dalam kajian ini ialah Kitab Al-Fawa’id fi Usul ‘Ilm Al-Bahr wa al-Qawaʻid, Hawiyah al-Ikhtisar fi Usul ‘Ilm al-Bihar, Urjuzah al-Sufaliyyah, Urjuzah al-Sabʻiyyah, Urjuzah al-Muʻarribah dan Urjuzah al-Maʻlaqiyyah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan teknik dokumentasi dalam pengumpulan data, analisis kandungan konvensional dalam menganalisis data dan metode hermeneutik dalam pentafsiran teks. Hasil kajian ini menunjukkan sumbangan Ibnu Majid dalam pelayaran sebagai pelayar ulung Islam abad ke-15M dan nakhoda terpimpin yang menggariskan peraturan penting terutama disiplin bagi sesebuah pelayaran di lautan.
Downloads
References
Ahmad b. Majid. 1993. al-Nuniyyah al-Kubra ma’a Sit Qasaid Ukhra, tahkik Hasan Saleh Shihab. Oman: Wizarah al-Turath al-Qaumi wa al-Thaqafah.
Ahmad bin Esa et.al. 2014. Penerapan dan Kesedaran Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum Silat dalam Kalangan Pelajar UTHM. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC).
Ahmad bin Majid. 2001. Kitab al-Fawa’id fi Usul ‘Ilm al-Bahr wa al-Qawa’id wa al-Fusul, tahkik Ibrahim Khuri. Ra’s al-Khaimah: Markaz al-Dirasat wa al-Watha’iq.
Anwar A. Aleem. 1973. History of Arab Navigation in The Indian Ocean. The Marine Biological Association of India (MBAI) Special Publication Vol 2.
Anwar Abd al-‘Alim. 1967. Ibn Majid al-Mallah. Iskandariah: Dar al-Katib al-‘Arabi.
Azman Mat Hassan. 2012. Persepsi Gaya Kepimpinan Terhadap Kepuasan Kerja. Jurnal Penyelidikan Islam Vol 25.
Ferrand, Gabriel. 1921-1923. Instructions Nautiques et Routiers Arabes et Portugais, Tome I: Ibn Majid (Texte Arabe:2292). Paris: Librairie Orientaliste Paul Geuthner.
Franklin, M.I. 2013. Understanding Research: Coping With the Quantitative-Qualitative Divide. London, England: Routledge.
Hasan Saleh Shihab. 1982. Fann al-Milahah ‘Inda al-‘Arab. Beirut: Dar al-‘Audah.
Hesse-Bieber, Sharlene Nagy dan Patricia Leavy. 2011. The Practice of Qualitative Research, ed ke-2. Los Angeles, California: Sage Publication.
Hourani, George F. 1963. Arab Seafaring In The Indian Ocean In Ancient And Early Medieval Times. Beirut: Khayats.
Ibrahim Khuri. 1991. Ahmad bin Majid Munazzir al-Milahah fi Bahr al-Hind fi al-Qarn al-Tasi‘ al-Hijri / al- Khamis ‘Asyar al-Miladi. Dalam al- Nadwah al-‘Ilmiyyah li Ihya’ Turath Ibn Majid. Ittihad Kitab wa Adibba’ al-Imarat dan Damsyik: Dar al-Hiwar li al-Nasyr wa Tawzi‘.
Mohd Awang Idris, Haslina Muhamad dan R. Zirwatul Aida R. Ibrahim. 2018. Metodologi Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Muhammad Hasan Al-‘Aidrus. 1991. Ibn Majid al-Mallah al-Falaki. Dalam al- Nadwah al-‘Ilmiyyah li Ihya’ Turath Ibn Majid. Ittihad Kitab wa Adibba’ al-Imarat dan Damsyik: Dar al-Hiwar li al-Nasyr wa Tawzi’.
Othman Lebar. 2018. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metode. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Prasad, A. 1982. Discovery of The Sea-Route to India. India Quarterly: A Journal of International Affairs Vol 38, No. 3-4.
Roselena Mansor dan Mohd Izham Mohd Hamzah. 2015. Kepimpinan Berkualiti: Perspektif Mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Jurnal Pengurusan Vol 45.
Shumovsky, Theodor. 1969. Thalath Azhar fi Maʻrifah al-Bihar, terj. Dr. Muhammad Munir Marsa. Kaherah: ‘Alam al-Kutub.
Suhailie binti Yaacob. 2019. Pengaruh Gaya Kepimpinan Ke Atas Prestasi Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Vol 6 No 1.
Tibbetts, G.R. 1971. Arab Navigation In The Indian Ocean Before The Coming of The Portuguese: Kitab al-Fawaid fi Usul ‘Ilm al-Bahr wa al-Qawaʻid. London: The Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland.
Tolmacheva, Marina. 1994. An Unknown Manuscript of the Kitab al-Fawa’id. Journal of the American Oriental Society Vol 114, No 2.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2021 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.